Sabtu, 16 November 2019

China B22 6-2 Malaysia B22 (Harimau Muda B)


Malaysia B22 (Harimau Muda B) mln China B22
Perlawanan persahabatan
22 Julai 2013 (Isnin) (Changshu City Sports Center Stadium)
China B22 6-2 Malaysia B22 (Harimau Muda B)
Redzuan Abdunloh Pulo (27'), Mohd Norhamizaref Hamid 55')
Malaysia U22: 1 Hafizul Hakim (23 Muhd Ilham Amirullah Razali 49'), 3 Ashmawi Yakin (18 Shreen Tambi 52'), 4 Mohd Asri Bin Mardzuki, 8 Farizzuan Azhar (17 Muhd Akhmal Ishak 69'), 10 Mohd Norhamizaref Hamid, 11 Osman Yusoff, 15 Mohd Syawal Nordin, 19 Muhd Haniff Dzahir (14 Ibrahim Jobeli), 20 Akhir Bahari (9 Mohd Syafiq Shalihin Mohd Noor 87'), 21 Azzizan Nordin (6 Nashriq Yahya 45'), 24 Syazwan Tajudin

20 Julai 2013 (Sabtu) (Changshu City Sports Center Stadium)
China B22 4-1 Malaysia B22 (Harimau Muda B)
Redzuan Abdunloh Pulo (27')
Malaysia U22: 22 - Muhd Ilham Amirullah Razali 6 - Nashriq Yahya 5 - Wan Ahmad Amirzafran (12 - Haris Saperi 72') 3 - Ashmawi Yakin 15 - Mohd Syawal Nordin 2 - S. Vikneswaran 20 - Akhir Bahari (19 - Muhd Haniff Dzahir 74') 13 - Ridzuan Abdunloh 7 - Nur Areff (21 - Azzizan Nordin 46') 24 - Syazwan Tajudin 10 - Mohd Norhamizaref Hamid (4 - Mohd Asri Bin Mardzuki 54').[1]


[1] https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/search/label/LIGA%20MALAYSIA%202010

Harimau Muda 'B' Bagi Musim 2014


Senarai Nama Pemain-Pemain Yang Telah Terpilih Untuk Mewakili Pasukan Kebangsaan Harimau Muda 'B' Bagi Musim 2014
28 November 2013 - Pemain-pemain yang tersebut di bawah teah dipilih oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menyertai Pasukan Bawah 21 Tahun Kebangsaan (Harimau Muda 'B') bagi musim 2014.

1. Mohd Akmal bin Chin (Kedah)
2. Muhammad Shahrel Fikri bin Md. Fauzi (Perak)
3. Azrul Nizam bin Muhammad (Perak)
4. Shahrul Iqwan bin Samsudin (Negeri Sembilan)
5. Annas bin Rahmat (Negeri Sembilan)
6. Muhammad Afiq bin Azuan (Melaka)
7. Ramzi Haziq bin Mohamad (Johor)
8. Mohd Afiq bin Fazail (Johor)
9. Mohammad Nor Azam bin Abdul Azih (Pahang)
10. Mohammad Qayyum bin Marjoni Sabil (Kelantan)
11. Abdullah bin Sulaiman (Terengganu)
12. Muhammad Irfan bin Zakaria (Harimau Muda 'C')
13. Mohamad Faris Shahs bin Rosli (Harimau Muda 'C')
14. Muhammad Syazwan bin Zaipol Bahari (Harimau Muda 'C')
15. Ahmad Solehin bin Mamar (SSBJ/Melaka)

Pemain-pemain dikehendaki melaporkan diri pada hari Ahad, 1 hb Disember 2013 kepada Ketua Jurulatih Pasukan Bolasepak Harimau Muda 'B'  Encik Mohamed Razip bin Ismail atau Encik Mazlan bin Abdul Wahid.[1]



[1] https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/search/label/LIGA%20MALAYSIA%202010

Khamis, 31 Oktober 2019

Penalti selamatkan Malaysia


 ARKIB : 08/10/2008
Penalti selamatkan Malaysia
KUALA LUMPUR - Malaysia terselamat dengan gol penalti untuk terus mengintai peluang ke suku akhir Kejohanan Bola Sepak Bawah 16 Tahun Asia apabila mengikat Yemen 1-1 dalam perlawanan Kumpulan D di Stadium MHSK, Tashkent, Uzbekistan, semalam.

Satu mata disambar skuad remaja negara angkara kesilapan pemain Yemen, Ahmed Al Khamri memegang bola selepas tiupan wisel pengadil yang disangkanya memberikan ofsaid kepada lawan ketika empat minit masa kecederaan babak kedua.

Penyerang Malaysia, Mohamad Fandi Othman lantas tidak mensia-siakan pemberian penalti oleh pengadil, Salem Mujghef dari Jordan untuk merembat masuk menewaskan penjaga gol Yemen yang juga naib juara 2002, Mohammed Waleed Abdullah Ali.

Yemen bagaimanapun mendahului menerusi sepakan penalti ketua pasukannya, Al Shamsi Mohammed Hussein Mohammed pada minit ke-10 selepas rakan sepasukan, Greef Muhsen Zeid dijatuhkan dalam kotak penalti.

Ahad lalu, anak buah Lim Kim Chon dibenam juara bertahan, Jepun 4-0 tetapi keputusan seri ini sekurang-kurangnya memulihkan semangat mereka untuk terus bersaing khususnya dalam perlawanan terakhir menghadapi Emiriah Arab Bersatu (UAE), esok.

Malah, Malaysia, semalam mendapat beberapa peluang cantik menerusi Gary Steven Robbat, D. Saarvindran dan Amer Saidin masing-masing pada minit keempat, 50 dan 75 apatah lagi lawan kehilangan Boqshan Ahmed Ali yang dibuang padang kerana dikenakan kad merah (68).

''Memang tuah menyebelahi kami dengan gol itu walaupun ada beberapa peluang yang sepatutnya mampu menghasilkan gol penyamaan lebih awal kerana pasukan menunjukkan peningkatan dalam babak kedua.

"Perlawanan ini cukup dramatik kerana pemain gagal mengamalkan apa yang diarahkan tetapi yang tidak diarahkan pula menjadi dan mujurlah kami berjaya meraih keputusan ini," kata Kin Chon yang mengakui corak agresif Yemen berubah kendur selepas mereka bermain dengan 10 orang.

Sementara itu, jurulatih Yemen, Sami Al Nash berkata: "Keputusan ini tidak adil kerana Malaysia tidak berhak mendapat satu mata daripada perlawanan ini tetapi pengadil membuat keputusan yang pelik. Wisel itu kedengaran dari tempat penonton dan pengadil sepatutnya memberikan jatuhan bola kepada kedua-dua pasukan dan bukannya penalti.

"Namun, perlawanan ini menarik sekali dan Malaysia sebuah pasukan yang menampilkan persembahan bagus malah tidak sepatutnya kalah dalam perlawanan pertamanya (dengan Jepun).''
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1008&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz50rp3Q6Bg
© Utusan Melayu (M) Bhd

Rabu, 16 Oktober 2019

Muslim tekad beri yang terbaik

MyMetroArena
Mohd Rafi Mamat
sukanteam@nstp.com.my
 
SAINGAN sengit dalam skuad menuntut pemain pertahanan Pahang, Muslim Ahmad memberi persembahan terbaik bagi memastikan namanya tidak tercicir daripada senarai kesebelasan utama pasukan pada saingan Liga Super musim depan.

“Kehadiran beberapa muka baharu dalam skuad Tok Gajah akan menjadi senjata kekuatan pasukan, bagaimanapun pada masa sama mereka adalah pesaing kuat saya untuk berada di tengah padang.

“Sebagai pemain profesional, perkara itu dianggap biasa dan tidak terlalu membebankan, apa yang utama ialah saya perlu berusaha memberi persembahan bagi memikat hati jurulatih (Dollah Salleh) setiap kali sesi latihan,” kata Muslim.

Selepas memasuki musim kedua bersama Tok Gajah, Muslim mengakui dia sudah serasi dengan pemain lama dalam pasukan dan kelebihan itu akan dapat membentuk persefahaman lebih baik dan berkesan terutama dengan jentera tengah.

Pada musim 201,7 dia bergandingan dengan pemain import dari Korea Selatan, Heo Jae Won di bahagian pertahanan, namun selepas pemain itu berpindah, kekosongan posisi berkenaan masih belum diputuskan jurulatih.

Baginya, sesiapa saja yang akan bergandingan dengannya bukan persoalan penting untuk difikirkan kerana fokus utamanya ialah memberi persembahan terbaik bagi memastikan Tok Gajah mencatat kejayaan pada setiap perlawanan.

“Saya perlu berusaha sedaya upaya membalas kepercayaan jurulatih yang mengekalkan saya musim 2018.

“Dengan kerjasama semua pemain, saya yakin skuad Tok Gajah musim depan lebih berkualiti dan berkesan dalam usaha memburu kejayaan selepas gagal menyerlah musim ini,” kata pemain kelahiran Kuala Terengganu itu.

Muslim yang juga bekas pemain kebangsaan berkata, kehadiran Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha), Safuwan Baharudin, Bunyamin Umar dan Chan Vathanaka mampu meletak pasukan Tok Gajah sebagai pencabar utama musim depan.

“Kelibat Matheus Alves, Mohamadou Sumareh, Chan (Vathanaka) dan Mat Yo pastinya akan dapat memberikan hasil memuaskan kepada pasukan seterusnya kegembiraan serta kepuasan kepada peminat setia Pahang,” katanya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Disember 2017 @ 1:38 PM

Jumaat, 15 Februari 2019

3 pemain Harimau ke Felda


 ARKIB : 10/08/2011
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my
 
KETUA pasukan Harimau Muda B, D. Saarvindran (kanan) terlepas ke Selangor tetapi tetap berpeluang bermain dalam Piala Malaysia, bulan depan dengan Felda United.

KUALA LUMPUR - Tercicirnya D. Saarvindran daripada pasukan Selangor kerana kecederaan penjaga gol ketiga, membentangkan pula peluang buat Felda United memancing khidmat ketua pasukan Harimau Muda B itu.

Khidmatnya kini diintai jurulatih Felda United, E. Elavarasan menjelang kempen bola sepak Piala Malaysia ke-85 yang bermula 6 September selepas mereka diundi dengan Kelantan, Johor FC dan Sarawak dalam Kumpulan C, Jumaat lalu.

Penolong pengurus pasukan Felda United, Faisal Zakariah berkata, Saarvindran merupakan muka baru yang cuba dipinjam kelab ini bagi Piala Malaysia musim ini selepas mereka berjaya mendapatkan K. Ravindran dan S. Sivanesan (Harimau Muda A).

"Dia sudah menjawab surat penyata minat mewakili Felda United dan kami akan cuba menyelesaikan sijil perpindahan negerinya (SPN) dalam waktu terdekat," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Khidmat ketiga-tiga pemain tengah skuad bawah 22 dan 19 tahun negara itu amat ditagih 'Si Peneroka' apatah lagi selepas pengumuman persaraan Chow Chee Weng dan kecederaan ligamen depan Badrul Azam Zamri yang bermain di posisi sama.

Selangor sebelum ini cuba meminjam khidmat Saarvindran tetapi terpaksa membatalkannya bagi memberi laluan kepada penjaga gol USM, G. Jeevanathan yang menggantikan Fairul Azwan Shahrullai kerana kecederaan lutut dalam sesi latihan minggu lalu.

Felda United kata Faisal, turut akan mengadakan tiga perlawanan persahabatan pra-musim Piala Malaysia yang bermula dengan menentang Selangor di Shah Alam, Sabtu ini; Kuala Lumpur (16 Ogos) dan T-Team di Bangi (20 Ogos).

Mengenai undian Kumpulan C, katanya: "Sudah tentu Kelantan (juara bertahan Piala Malaysia dan juara Liga Super 2011) menjadi pilihan utama tetapi kami tidak akan memberikan laluan mudah buat mereka mahupun Johor FC serta Sarawak.

"Bagi Piala Malaysia, kami memilih Stadium Petaling Jaya sebagai gelanggang sendiri kerana Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur (turut digunakan Kuala Lumpur) menghadapi masalah rumput padang rosak.''
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz5fb1pvK9K
© Utusan Melayu (M) Bhd

Khamis, 20 Disember 2018

Harimau Muda capai sasaran


ARKIB : 02/06/2010
Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

SKUAD Harimau Muda tiba di KLIA, Sepang semalam selepas lebih tiga bulan berguru di Slovakia. - utusan/ HANAFI KHAMIS

SEPANG - Setelah lebih tiga bulan beraksi di luar negara, Harimau Muda A kembali ke tanah air semalam, dengan membawa pulang pengalaman dan mempamer peningkatan sepanjang beraksi dalam Liga Bawah 21 Divisyen 1 Slovakia.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Azuddin Ahmad berkata, berdasarkan prestasi yang dipamerkan skuad Mohd. Azraai Khor Abdullah, jelas telah mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

''Bagaimanapun kita masih menunggu laporan penuh daripada Azraai sendiri. Dalam masa yang sama, satu panel bebas juga akan membuat penilaian mengenai tahap peningkatan pemain Harimau Muda A," katanya ketika menyambut kepulangan skuad tersebut di di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA), semalam.

Jelasnya, Harimau Muda A telah manfaatkan sepenuhnya tempoh tiga bulan di Slovakia.

Untuk itu, katanya pemain perlu diuji di arena tempatan pula, bagi melihat tahap kemajuan yang dikatakan baik.

''Pemain diberi rehat selama 14 hari sebelum menjalani latihan intensif di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok.

''Selepas itu mereka akan membuat persiapan untuk kejohanan Piala Newspaper di Vietnam, Oktober ini.

''Dalam masa yang sama, ada beberapa pemain yang telah disenaraikan oleh jurulatih skuad kebangsaan, K. Rajagobal untuk ke Antalya, Turki dari 10 hingga 20 Jun ini, bagi menyertai latihan serta perlawanan persahabatan di sana," katanya.

Mengenai Muslim Ahmad dan K. Gurusamy yang dikatakan mendapat tawaran berlatih bersama kelab Vion Zlate Moravce, di Slova, Azuddin berkata, beliau tidak mendapat apa-apa maklumat mengenai perkara itu.

''Liga utama di Slovakia, Liga Corgon akan memulakan musim 2010/2011 tidak lama lagi.

''Jika ada tawaran pun, mungkin pada akhir Jun atau Julai. Buat masa ini belum ada sebarang maklum balas lisan mengenai tawaran tersebut," katanya.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0602&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz5aEHO6Wpd
© Utusan Melayu (M) Bhd

Rabu, 19 Disember 2018

Misi tebus maruah!


MyMetroArena
Daripada Zulfaizan Mansor di Buriram dan Thailand
zulfaizan@nstp.com.my
 
SKUAD Harimau Malaya membawa dua misi penting pada aksi berdepan Korea Utara di Stadium I-Mobile, malam esok iaitu menyelamatkan maruah negara dan jurulatih, Nelo Vingada.

Ia perlawanan kelima Harimau Malaysia dalam Kumpulan B, kempen kelayakan Piala Asia 2019 selepas gagal meraih sebarang kemenangan dan yang terbaru tewas 1-4 kepada Korea Utara di stadium sama, kelmarin.

Justeru, tonggak pertahanan negara, Adam Nor Azlin menegaskan dia dan rakan sepasukan akan bermain bermati-matian untuk mencapai dua misi penting itu.

“Sudah pasti fokus utama kami mendapatkan kemenangan kerana tiada pemain yang bermain untuk kalah.

“Bagi perlawanan malam esok, misi kami untuk menebus maruah negara selain mahu membantu jurulatih, Vingada yang masih belum mengecapi

sebarang kemenangan selepas membimbing pasukan kebangsaan,” katanya pada sidang media di Stadium I-Mobile, hari ini.

Perlawanan malam esok bakal menjadi aksi sulung Adam bersama Harimau Malaya selepas hanya memanaskan bangku simpanan walaupun tersenarai dalam skuad sebelum ini.

Anak didik Vingada wajib mencatat kemenangan untuk menghidupkan sisa perjuangan mereka ke pusingan akhir Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas menghuni kedudukan tercorot dengan mengumpul satu mata.

Selain itu, Adam menegaskan dia bersedia menjadi ‘kereta kebal’ di benteng pertahanan negara yang bolos empat kali pada aksi berdepan Korea Utara, kelmarin.

“Sebelum ini saya sudah beraksi di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee (skuad B-22) dan saya fikir tiada masalah bergandingan dengan sesiapa pun di bahagian pertahanan.

“Apa yang penting, saya harap semua penyokong memberi sokongan padu kepada skuad kebangsaan dan kami akan cuba dapatkan keputusan positif bagi tahun ini,” katanya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 November 2017 @ 6:20 PM