Selasa, 5 Disember 2017

HARIMAU MUDA TEWAS 2-4 KEPADA VIETNAM

ARKIB : 23/09/2008
KUALA LUMPUR - Pasukan bawah 19 tahun negara, Harimau Muda tewas 2-4 kepada pasukan tuan rumah Vietnam dalam perlawanan pertama kejohanan bola sepak Piala Antarabangsa Thanh Nien di Stadium Tu Do di Wilayah Hue, semalam.

Pasukan bawah 21 Vietnam itu mendahului seawal minit keenam menerusi jaringan Duc Thien tetapi Malaysia menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Ahmad Fakri Saarani dua minit kemudian.

Van Khai kemudian menjaring gol kedua Vietnam dalam minit ke-20 menerusi Duc Thien yang turut membuat jaringan ketiga Vietnam lima minit selepas itu.

T. Kavichelvan bingkas menjaringkan gol buat Malaysia pada minit ke-29 untuk menjadikan kedudukan 3-2 yang kekal sehingga separuh masa pertama.

Namun, Vietnam memperolehi sepakan penalti pada minit ke-63 di separuh masa kedua menerusi sepakan Van Khai untuk menjadikan keputusan muktamad 4-2 yang memihak kepada tuan rumah.

"Kita tidak bermain baik seperti sepatutnya. Saya terpaksa membuat perubahan untuk perlawanan kita menentang Thailand selepas ini," kata ketua jurulatih, K. Rajagobal.

Malaysia bermain dalam Kumpulan A bersama Thailand dan Vietnam sementara Kumpulan B terdiri daripada Myanmar, Singapura dan Iran.

- Bernama
SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0923&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz50Su69wLI

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan