ARKIB : 03/02/2008
KUALA LUMPUR - Walaupun bermain
sembilan perlawanan dalam saingan Liga Perdana, jurulatih Harimau Muda, K.
Rajagopal masih gusar dengan kemampuan anak-anak buahnya yang hanya beraksi
baik pada separuh masa pertama sebelum goyah untuk baki seterusnya.
''Dalam tujuh perlawanan
sebelum ini pemain saya beraksi dengan dengan baik pada separuh masa pertama
sahaja tetapi tidak dapat mengekalkan rentak pada separuh masa kedua,'' katanya
ketika ditemui Utusan Malaysia, kelmarin.
Pada perlawanan menentang Felda
United, skuad bimbingan Rajagopal itu menang 2-0.
''Saya tidak mahu menyalahkan
pemain 100 peratus jika mereka tidak beraksi dengan baik kerana kita perlu
melihat semula objektif penubuhan pasukan ini.
''Mereka (Harimau Muda) masih
belum matang lagi dan setiap perlawanan yang ditempuhi adalah bertujuan untuk
mematangkan pemain seperti perlawanan malam ini yang dianggap sukar berdepan
dengan pasukan Felda United,'' kata Rajagopal.
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4xPjbXCp9
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan