FARIZAL hampir digantung semusim.
Rizar Mohd Noor
rizar@nstp.com.my
PENJAGA gol Johor Darul Ta’zim
(JDT), Izham Tarmizi Roslan tampak gembira apabila rakan sepasukan, Farizal
Marlias akan kembali menyertai pasukan itu apabila bakal menamatkan
penggantungan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), awal Februari ini.
Bagi Izham, kehadiran semula
Farizal pasti menguatkan semula benteng terakhir skuad Harimau Selatan selepas
hanya dia dan Muhammad Haziq Nadzli yang ditugaskan untuk mengemudi gawang gol
sepanjang penggantungan bekas pemain kebangsaan itu.
Katanya, walaupun digantung
selama hampir semusim, Farizal kerap membantunya untuk memperkemaskan lagi
teknik menjaga gawang selain latihan dibawah kendalian jurulatih Khairul Azman
Mohamad ketika sesi latihan.
“Kehadiran semula Farizal
(Marlias) amat dinantikan kerana dia seorang penjaga gol berpengalaman malah ia
juga akan menguatkan lagi posisi berkenaan selepas agak lama saya dan Muhammad
Haziq ditugaskan mengemudi gawang gol.
“Ia juga mampu mengimbangi
kekuatan JDT apabila kembali diperkuatkan dengan tiga penjaga gol antara saya,
Farizal dan Muhammad Haziq. Ini sekaligus memberi ruang untuk kami meningkatkan
lagi latihan memandangkan saingan liga agak panjang dan boleh digilirkan,”
katanya.
Mengulas persiapan pra musim
skuad Harimau Selatan di Bangkok, Thailand yang bermula 10 Januari hingga 17
Januari ini, Izham menyifatkan ia penting bagi persediaan memulakan tugasan
pertama apabila menentang Muangthong United FC dalam aksi kelayakan pusingan
kedua kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL), 23 Januari depan.
Tambahnya, aksi persahabatan
menentang Army United FC pada 10 Januari ini disusuli pertembungan menentang
Chonburi FC (13 Januari) dan aksi terakhir menentang Port FC (15 Januari)
menjadi medan terbaik bukan sahaja meningkatkan kualiti permainan terutama
aspek taktikal sebalik menimba pengalaman berguna.
“Kita kena ambil serius
perlawanan persahabatan nanti kerana ia adalah kunci kejayaan JDT memandangkan
saingan Liga Malaysia (Liga M) pasti mencabar ketika pasukan lain turut membuat
persiapan rapi.
“Kami ingin mempertahankan
kejuaraan Liga Super dan apa yang kami kecapi sebelum ini akan menjadi aspirasi
untuk terus cemerlang dan kami juga perlu konsisten sepanjang musim baharu
nanti,” kata Izham.
sumberArtikel ini disiarkan pada
: Ahad, 31 Disember 2017 @ 6:03 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan