ARKIB : 29/12/2007
SELAYANG - Harimau muda seperti
yang diduga, mengorak langkah sulung dalam kempen saingan Liga Perdana musim
2007/2008 ini dengan sentuhan kecundang 2-1 kepada Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, semalam.
Pengalaman skuad bawah 19 tahun
Malaysia ini yang cetek ekoran kemunculan sulung mereka jelas terpapar sehingga
perlawanan yang bersaksikan lebih kurang 200 penonton ini di kuasai oleh
tentera.
Anak didik jurulatih, K.
Rajagopal ini bagaimanapun menampilkan semangat dan kerajinan tinggi untuk
mengejar setiap pergerakan bola di kaki lawan lebih senior mereka.
ATM pula tampil dengan keazaman
menebus kekalahan besar kepada Sabah 4-0 di gelanggang ini pada 7 Disember
lalu, apatah lagi memiliki kelebihan pemain yang lebih matang dan kehadiran dua
tonggak import iaitu Jonathan Yamoah dan Preston Papie.
Kelalaian benteng Harimau Muda
dihukum oleh tandukan masuk Yamoah pada minit ke-18 selepas menyambar sepakan
bebas Zool Ihsan Yunus sekali gus menewaskan penjaga gol lawan, Khairul Fahmi Che
Mat.
ATM terus memanfaatkan
kerapuhan benteng tuan rumah tiga minit sebelum berakhirnya babak pertama
apabila mereka melepasi perangkap ofsaid sebelum mendapat gol kedua menerusi
terjahan Mazeri Ikhwan Mukhtar.
Namun, semangat juang Harimau
Muda yang tetap menyala ketika permainan berbaki seminit mendorong mereka
merapatkan jurang setelah Ahmad Fakri menanduk masuk umpanan lintang sebelah
kiri daripada Kavi Chelvan.
Keletihan Harimau Muda
mendorong Rajagopal memasukkan tiga lagi pemain tetapi masih gagal mengubah
kedudukan.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4w3z8XKsr
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan