ARKIB : 19/12/2007
KUALA LUMPUR Skuad bawah 19
tahun Malaysia atau dikenali sebagai Harimau Muda tidak meletakkan sasaran
apabila membuat penampilan sulung dalam saingan bola sepak Liga Perdana, minggu
depan.
Perjalanan anak-anak buah K.
Rajagopal akan bermula secara rasmi pada 28 Disember ini apabila mereka
menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Kelmarin, ATM dibelasah 4-0
oleh Sabah pada perlawanan sulung mereka di Stadium Majlis Bandaraya Petaling
Jaya, keputusan yang pasti memberi keyakinan tambahan kepada Harimau Muda untuk
memulakan kempen merekai.
Bagaimanapun bagi Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM), apa yang paling penting adalah melihat pemain
menggunakan peluang beraksi dalam kancah liga domestik untuk meraih sebanyak
mungkin pengalaman, sekali gus menjadikan mereka lebih bersedia membawa cabaran
di peringkat senior.
Timbalan Presiden FAM, Khairy
Jamaluddin berkata, pendedahan skuad bawah 19 tahun kepada pertandingan liga
akan menjadi platform untuk menyiapkan mereka sebelum menggalas tanggungjawab
lebih besar pada masa akan datang.
Kami bernasib baik kerana MSN
(Majlis Sukan Negara) bersetuju untuk menyokong penyertaan skuad Harimau Muda
dalam Liga Perdana.
Harapan kami agar
pemain-pemain dapat menggunakan peluang ini untuk memperbaiki permainan kerana
dengan beraksi dalam kancah Liga Perdana mereka mampu menjadi pemain yang lebih
baik, kata Khairy pada majlis menandatangani kontrak di antara FAM dan pemain
di Wisma FAM, semalam.
Turut hadir pada majlis
tersebut adalah Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong, Setiausaha Agung
FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, wakil Nike Malaysia, Siva Shankar dan pengarah Air
Asia, Fam Lee Ee.
Pada ketika MSN akan menjadi
sumber kewangan utama pasukan, Air Asia pula akan menyumbangkan tiket
penerbangan untuk semua perlawanan di luar Kuala Lumpur, manakala Nike Malaysia
menyediakan kelengkapan Harimau Muda
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4w3WNIwIm
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan