ARKIB : 16/05/2009
Harimau Muda rampas takhta Liga
Perdana
Pemain Harimau Muda, Ahmad Shakir
Md. Ali (tengah) berjaya melepasi asakan penjaga gol Sabah, Irwan Jamil pada
perlawanan bola sepak Liga Perdana di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam
tadi. - UTUSAN/ASWAD YAHYA
KUALA LUMPUR - Skuad bawah 19
tahun negara, Harimau Muda merampas takhta Liga Perdana daripada Johor selepas
menewaskan Sabah 2-0 pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Dua gol menerusi Abd. Shukor
Jusoh pada minit ke-32 dan 90 cukup untuk memintas Johor menerusi kelebihan
tiga mata.
Kemenangan itu sekali gus
membolehkan Harimau Muda melengkapkan saingan pusingan pertama dengan cukup
bergaya.
Hasil daripada 12 perlawanan,
skuad bimbingan Ong Kim Swee itu mengumpul 34 mata diikuti Johor 31 mata dan T.
Team 25 mata.
T. Team semalam hanya mampu
menambah satu mata lagi selepas diikat seri tanpa jaringan dengan Felda United
pada perlawanan di Stadium KLFA, Cheras.
Keputusan itu membolehkan pasukan
di tangga keempat liga, Kuala Lumpur mengurangkan jurang perbezaan mata kepada
empat sahaja.
Ini selepas kejayaan membelasah
SDM Kepala Batas 5-1 pada perlawanan di Stadium Batu Kawan.
PKNS pula dikejutkan Shahzan Muda
1-3 pada perlawanan di Stadium Darul Makmur sekali gus gagal untuk terus
menyaingi Kuala Lumpur.
Azizul Kamaludin (m-20, 22)
menjaringkan dua daripada tiga gol Shahzan Muda manakala satu gol lagi
disumbangkan Abd. Rahman Kadir (m-36).
Gol tunggal dan saguhati PKNS
pula dijaringkan Mohd. Khairul Anuar Ramli (m-70).
Dua lagi perlawanan menyaksikan
Proton menewaskan Sarawak 4-2 di Stadium Kelana Jaya manakala Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) seri 2-2 dengan Melaka di Stadium Selayang.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0516&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz5Y2YIolti
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan