ARKIB : 05/08/2009
KUALA LUMPUR - Keletihan
dikatakan punca pasukan bola sepak bawah 19 tahun negara tewas 0-2 kepada
pasukan tuan rumah dalam perlawanan pertama Kumpulan B, Kejohanan Bawah 19 AFF
di Vietnam, semalam.
Perkara itu diakui sendiri oleh
jurulatih, Ong Kim Swee berikutan lima pemainnya dari pasukan Harimau Muda baru
sahaja menamatkan saingan Liga Perdana dalam pertemuan terakhir menentang Kuala
Lumpur Ahad lepas.
Kata Kim Swee, selain penat anak
buahnya juga dilihat tidak mampu untuk menandingi kepantasan yang dimiliki oleh
pemain Vietnam walaupun berjaya mengikat kedudukan 0-0 pada separuh masa
pertama.
"Bagaimanapun saya berpuas
hati dengan keputusan ini kerana pemain tidak terlalu tertekan dengan kehadiran
ribuan penonton tuan rumah sebaliknya mampu mengimbangi perlawanan pada separuh
masa pertama," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.
Jelasnya, gol pertama yang
dijaringkan oleh Vietnam pada minit ke-47 berpunca dari sepakan percuma manakala
gol kedua pada minit ke-62 adalah kesilapan individu pemainnya sendiri.
Malaysia akan menentang Timor
Leste Khamis ini (esok) dalam perlawanan keduanya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz5YJFeBehb
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan