MyMetroArena
Daripada Zulfaizan Mansor di
Buriram dan Thailand
zulfaizan@nstp.com.my
SKUAD Harimau Malaya membawa dua
misi penting pada aksi berdepan Korea Utara di Stadium I-Mobile, malam esok
iaitu menyelamatkan maruah negara dan jurulatih, Nelo Vingada.
Ia perlawanan kelima Harimau
Malaysia dalam Kumpulan B, kempen kelayakan Piala Asia 2019 selepas gagal
meraih sebarang kemenangan dan yang terbaru tewas 1-4 kepada Korea Utara di
stadium sama, kelmarin.
Justeru, tonggak pertahanan
negara, Adam Nor Azlin menegaskan dia dan rakan sepasukan akan bermain
bermati-matian untuk mencapai dua misi penting itu.
“Sudah pasti fokus utama kami
mendapatkan kemenangan kerana tiada pemain yang bermain untuk kalah.
“Bagi perlawanan malam esok, misi
kami untuk menebus maruah negara selain mahu membantu jurulatih, Vingada yang
masih belum mengecapi
sebarang kemenangan selepas
membimbing pasukan kebangsaan,” katanya pada sidang media di Stadium I-Mobile,
hari ini.
Perlawanan malam esok bakal
menjadi aksi sulung Adam bersama Harimau Malaya selepas hanya memanaskan bangku
simpanan walaupun tersenarai dalam skuad sebelum ini.
Anak didik Vingada wajib mencatat
kemenangan untuk menghidupkan sisa perjuangan mereka ke pusingan akhir Piala
Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas menghuni kedudukan tercorot
dengan mengumpul satu mata.
Selain itu, Adam menegaskan dia
bersedia menjadi ‘kereta kebal’ di benteng pertahanan negara yang bolos empat
kali pada aksi berdepan Korea Utara, kelmarin.
“Sebelum ini saya sudah beraksi
di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee (skuad B-22) dan saya fikir tiada masalah
bergandingan dengan sesiapa pun di bahagian pertahanan.
“Apa yang penting, saya harap
semua penyokong memberi sokongan padu kepada skuad kebangsaan dan kami akan
cuba dapatkan keputusan positif bagi tahun ini,” katanya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Ahad, 12 November 2017 @ 6:20 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan