“JANGAN ambil mudah.”
Itu pesanan ketua jurulatih
Kuala Muda Naza, K. Devan kepada anak buahnya ketika turun menentang skuad
Harimau Muda pada saingan Liga Perdana di Stadium Darul Aman, Alor Star malam
ini.
Menurut Devan, walaupun Harimau
Muda membariskan pemain berusia bawah 19 tahun, tetapi mereka tidak akan
memandang rendah keupayaan skuad kendalian K. Rajagobal itu
Tambah Devan, barisannya harus
menggunakan pengalaman yang ada untuk memberi tekanan kepada lawan.
“Pemain harus memberi tumpuan
penuh selama 90 minit perlawanan bagi mengekalkan prestasi pasukan yang
membanggakan setakat ini.
“Saya percaya Kuala Muda Naza
dapat mengutip tiga mata penuh pada malam esok (malam ini) berdasarkan kepada
aksi cemerlang pada perlawanan yang lebih mencabar sebelum ini,” kata Devan ketika
dihubungi KOSMO! semalam.
Devan berkata, dia tidak akan
membuat sebarang perubahan dalam kesebelasan pemain pada perlawanan malam ini.
“Saya mahukan mereka meneruskan
rentak kemenangan ini hingga ke akhir liga.
“Setakat ini saya puas hati
dengan semangat juang dan persefahaman yang ditunjukkan pemain dan berharap
mereka dapat mengekalkannya hingga ke penghujung musim ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, semua pemain
Kuala Muda Naza kini berada pada tahap kecergasan yang baik kecuali pemain
tengah, Manzoor Azwira Abd. Wahid yang mungkin di rehatkan akibat kecederaan.
Kuala Muda Naza kini berada di
tangga kedua dengan mengutip 15 mata manakala Harimau Muda pula tangga kelapan
dengan enam mata
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0118&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4wKg8f0TB
Hakcipta terpelihara