ARKIB : 13/01/2009
KUALA LUMPUR Harimau Muda
menguatkan cengkaman selaku teraju persaingan bola sepak Liga Perdana musim
2009 dengan mengukir kemenangan kedua, 2-0 ke atas Sinar Dimaja Mai Sarah di
Stadium Negeri, Batu Kawan, Pulau Pinang, semalam.
Mata penuh buat skuad remaja
kebangsaan bimbingan K. Rajagopal ke atas kelab muka baru liga dari Kepala
Batas, Pulau Pinang itu dipastikan dengan jaringan Sivanesan Shanmugam dan
Ahmad Aminuddin Shahruddin pada minit ke-62 dan 82.
Satu lagi muka baru liga,
T-Team beraksi garang membelasah Angkatan Tentera 4-0 di Stadium Majlis
Perbandaran Selayang menerusi jaringan hatrik Haris Safwan Kamal pada minit
ke-18, 60 dan 90 selain satu daripada Nur Aliff Zainal Abidin.
Kelab dari Kuala Terengganu itu
kini mengekori Harimau Muda di tangga kedua dengan mengumpul empat mata setelah
diikat tanpa jaringan oleh Melaka di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak dalam
perlawanan pembuka tirai 9 Januari lalu.
Sabah pula turun ke tangga
ketiga setelah cuma mengikat Proton 0-0 di Stadium Petaling Jaya malah membuka
ruang Kuala Lumpur merapatinya apabila mereka menundukkan Majlis Bandaraya
Johor Bahru (MBJB) 1-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin menerusi
jaringan penalti Abdul Hadi Yahya, minit ke-69
Dua jaringan Fairozi Daud pada
minit ke-24 dan 45 membawa Johor mengorak langkah kanan pada perlawanan
sulungnya dengan mengejutkan Felda United 2-1 di Stadium Bola Sepak Kuala
Lumpur. Gol tuan rumah dijaringkan oleh Saufi Ibrahim pada minit ke-35.
Di Stadium Darul Makmur,
Kuantan, Shahzan Muda yang dibimbing oleh Dollah Salleh dipaksa berpuas hati
untuk berkongsi satu mata setelah diikat 1-1 oleh Sarawak masing-masing
menerusi jaringan Rahman Kadir dan Fadly Kasim pada minit ke-56 dan 75
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz51NRHMx9P
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan